Tuesday, November 24, 2009

63 PETUA BAHAGIA DR FADZILAH KAMSAH

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga..

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6.. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira 'gerak batin' (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi 'menang-menang'.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan 'pasangan'.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut 'I love you' sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s..w.t.

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan.Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.

Cerita penghilang ngantuk

Kisah 1:

Seorang profesor melangkah penuh bergaya menuju ke bilik kuliahnya.
Dia hendak menguji pelajarnya mengenai kelemahan diri.
Dia bertanya, "Siapa yang merasakan dirinya bodoh, sila berdiri".
Semua pelajar diam. Ada yang senyum. Tidak lama kemudian, seorang
pelajar bangun. Profesor berkata: "Oooh....Jadi awak mengakulah diri
awak ini bodoh?" Pelajar: Bukan....sebenarnya saya tidak sanggup lihat
profesor seorang saja yang berdiri!"

Kisah 2:

Empat bakal ayah menanti dengan penuh gelisah di bilik menunggu di
hospital, sementara isteri masing-masing berjuang untuk melahirkan
anak.
Selang beberapa minit selepas itu, seorang jururawat keluar dan
memberitahu ayah pertama, "Tahniah awak telah menjadi ayah kepada anak
kembar!"
"Mungkin satu kebetulan, saya bekerja di Twin star Enterprise" Kata
ayah pertama.
Kemudian keluar jururawat lain dan memberitahu ayah kedua,"Tahniah,
Encik mendapat anak kembar tiga!".
"Yahoo... mungkin satu kebetulan saya bekerja di 3M Copration," kata
ayah kedua kegirangan.
Sepuluh minit selepas itu keluar jururawat lain dan memberitahu ayah
ketiga, "Syabas, isteri saudara melahirkan anak kembar empat!"
"Alhamdulillah, mungkin juga satu kebetulan, saya bekerja di Four
Season Hotel" katanya syukur.
Pada waktu aitu ayah keempat kelihatan gelisah dan tidak menentu.
Semua ayah yang menunggu bertanya: "Kenapa risau sangat?"
Jawab ayah keempat, "Saya tidak risau, cuma.... saya bekerja di Seven-
eleven" katanya.

Kisah 3:

Seorang pemuda membawa teman wanitanya ke sebuah restoran Itali yang
sangat terkenal Walaupun tidak pernah masuk kesitu atau memesan
hidangan Itali sebelum ini, pemuda itu tetap bermuka selamba. Tambahan
pula dia ingin membuatkan teman wanitanya itu kagum. Apa bila tiba
dimeja, pelayan memberikan buku menu dan pasangan berkenaan melihat
senarai hidangan. beberapa minit kemudian, lelaki itu dengan bangganya
memanggil pelayan untuk membuat pesanan.
"Err..., Berikan saya Giuseppe Spombalucci untuk dua orang!" kata
pemuda itu.
Pelayan itu tercenggang.
Pemuda itu mula berang "Mengapa? awak takut saya tak ada duit untuk
bayar bil nanti ke?" Tanya pemuda itu.
"Minta maaf encik, Giuseppe Spombalucci tu nama pemilik restoran ini!"
Kata pelayan itu.

Kisah 4

Selepas 25 kali mencuba, akhirnya Dol lulus temu duga. Tapi sebelum
meninggalkan bilik temu duga, pengurus kilang pun memberitahu...
Pengurus kilang : Untuk permulaan, kita akan bayar kamu RM5 sejam.
Tapi lepas tiga bulan, kami akan naikkan gaji kamu kepada RM7 sejam.
Setuju?
Dol: Setuju, bos! (lalu menjabat tangan bakal bosnya itu).
Pengurus kilang : Bagus, bagus! Kalau macam tu bila kamu boleh mula
kerja?
Dol: Tiga bulan lagi, bos!
Perkara Remeh Boleh Jadi Punca Perceraian

TIDAK sukar untuk menyelamatkan sebuah perhubungan yang sudah lama terjalin jika tahu mencari puncanya. Bayangkan bertahun-tahun hidup dengannya, anda kerap melakukan kesilapan, daripada perkara remeh-temeh sehingga menjadi bibit yang membosankan.

Membaca atau meneliti kes perceraian yang berlaku, ia tidak hanya berpunca daripada isu besar sebaliknya perkara kecil boleh menjadi titik akhir sekali gus mengundang episod duka dalam rumah tangga.

Seperti mana kata pakar perkahwinan, masalah rumah tangga harus dilihat dalam sudut paling dalam biarpun ia hanya bermula dengan hal paling kecil tetapi boleh memberi kesan besar dalam hidup.

Ada kalanya si suami mengomel isteri selekeh, sering berkain batik dan kemeja-T lusuh apabila berada di rumah sedangkan di luar dia berdepan dengan wanita yang berpenampilan menawan sehingga ada ketikanya menjentik naluri kelelakiannya.


Jika anda tahu ‘lambaian di luar sana’ lebih membuat lelaki teruja.


Elakkan perkara yang diperkatakan ini untuk menjadi pengajaran berguna.

· Memperkecil suami di hadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ia benar. Contohnya, “Suami saya kan, siang ikan pun tak tahu!”

· Mengganggu suami dengan kerap menelefon dirinya dan panggilan dibuat pada waktu yang salah sekadar memberitahu hal remeh-temeh.

· Terlalu suka mengemas rumah atau mengalihkan barang hinggakan suami tidak jumpa barang yang disimpan si isteri.

· Mengambil muka surat atau bahagian tertentu daripada akhbar dan menyusun akhbar dengan cara amat salah, hingga menyukarkan bahagian yang hendak dibaca.

· Memotong mana-mana bahagian majalah dan akhbar sehingga berlubang di sana sini manakala suami tidak sempat membacanya.

· Menyuruh suami supaya membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari pejabat sedangkan perancangan ke pasar atau pasar raya cuma esok atau baru ke pasar semalam.

· Tidak memberi arahan jelas kepada suami bila menyuruhnya membeli sesuatu dan kemudian menyalahkan suami.

· Membuat janji temu dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami sehingga kadangkala ia mengganggu perencanaan yang sudah dibuat.

· Bercakap atau bersembang di telefon dengan rakan pada waktu malam selepas jam 10 dan ketika itu, ia sepatutnya menjadi waktu istirahat anda sekeluarga.

· Menjemput tetamu ke rumah tanpa izin suami sedangkan ia waktu rehat seisi keluarga.

· Berpakaian kusut-masai dengan baju-T terkoyak dan batik lusuh selain rambut tidak terurus serta tanpa sebarang calitan mekap, membuatkan si suami muak untuk pulang ke rumah kerana tiada langsung tarikan.

· Mengambil masa cukup lama apabila bersiap seolah-olah pengantin yang begitu lambat menyiapkan diri, membuatkan suami tertunggu-tunggu dan terus tertidur.

· Sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh orang gaji atau diri sendiri membasuh atau menggosok pakaian untuk hari berkenaan.

· Sengaja atau tidak menyebelahi anak-anak apabila suami ‘naik angin’ apabila mereka ke rumah rakan seharian atau berminggu-minggu tanpa mengambil tahu atau meminta pandangan suami terlebih dulu.

· Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti. Hanya bersiap apabila diberitahu ada kenduri yang harus dikunjungi. Sebagai isteri, seharusnya sering bersiap rapi supaya sentiasa disenangi suami.

· Suka melengahkan masa apabila hendak solat berjemaah atau beribadah dengan melencong ke dapur, bilik anak-anak atau melakukan perkara lain seolah-olah meremehkan perkara berkaitan ibadah.

· Mengganggu suami yang menonton rancangan televisyen kegemarannya misalnya bola sepak. Ketika itu, ada saja kerja yang minta suami lakukan sehingga menjadi bibit percanggahan pendapat atau punca berlakunya perselisihan faham.

· Asyik bercerita mengenai diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita. Ada kalanya, suami anda juga mahukan perhatian atau berkongsi masalah dan cerita di pejabat.

· Membebel dan berleter tanpa henti mengenai hal yang amat kecil dan diulang tayang setiap hari sehingga menjadikan topik yang memang dibenci suami.

· Suka memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa dengan gosip atau prejudis sehingga menimbulkan rasa bosan dan kebencian suami.

· Menceritakan hal rumah tangga kepada orang lain dan memburuk-burukkan suami, keturunan atau asal-usul suami dengan tujuan merendahkan martabat suami pada mata orang lain sama ada keluarga, jiran mahupun rakan terdekat.

· Sengaja atau tidak, gagal memasak masakan digemari suami. Bertahun-tahun hidup dengannya, sudah pasti si isteri tahu kesukaan suami atau perkara tidak digemarinya. Sebaliknya, isteri banyak menyakitkan hati suami sehingga sedikit demi sedikit, timbul kebencian di hati suami.

· Meminjamkan harta benda suami kepada orang lain tanpa kebenaran terutama barangan yang amat disayanginya.

Tuesday, November 10, 2009

Adooii ... Awat la ada orang yg mcm ni boleh kerja kat LHDN ???

KISAH BENAR ....

Sampul surat dihantar oleh LHDN......

Seorang pekerja swasta telah membuat panggilan ke LHDN dan bertanyakan 'Form 'B'. Salah seorang kerani LHDN telah menjawab panggilan tersebut dan bertanyakan alamat bagi membolehkan borang tersebut dihantar dan berikut adalah perbualan mereka :-

Kerani LHDN : Boleh bagi alamat encik?

Pekerja Swasta : Ok, hantar ke Ranhill Worley di opis saya.

Kerani LHDN : Apa Ranhill? ...... eja macam mana?

Pekerja Swasta : R.A..N.H.I.L. L eja dia camni : 'R'.. untuk Rumah... 'A' untuk Ayam .. 'N' untuk Nangka...
'H' untuk Holland ... 'I' untuk itik..
'L.L' untuk lain- lain....'

Kerani LHDN : Ok.. nanti kami hantar ke alamat itu

Selepas seminggu, borang tersebut pun sampai - jom tengok alamat di sampul surat !!!

Malaysia Boleh!!!


Saturday, November 7, 2009

Berat lembu jantan lebih 1,587kg


BERAT sebenar lembu jantan ini masih belum diketahui.

NORTH PETHERTON, England - Seekor lembu jantan yang beratnya lebih 1,587 kilogram (kg) dan berusia lapan tahun dipercayai paling berat di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Haiwan itu memiliki berat 1,587kg selepas ia ditimbang pada tahun lalu tetapi berat sebenar lembu tersebut pada tahun ini masih belum diketahui.

Lembu jantan tersebut akan ditimbang semula pada satu pertandingan amal yang meminta orang ramai meneka berat haiwan itu.

Pemilik lembu itu, Arthur Duckett, 79, tidak menyatakan jumlah sebenar berat haiwan itu tetapi memberitahu ia lebih berat pada tahun lalu.

"Dia (lembu itu) masih membesar. Lembu itu seekor haiwan yang baik. Saya menyukainya," kata Duckett.

Menurutnya, dia mencabar orang ramai untuk meneka berat sebenar lembu itu pada pertandingan amal di North Petherton, Somerset pada 7 Disember ini.

Wednesday, November 4, 2009

Siapa yg curang.......???

Juliana : "Abang Mie... Jom la datang rumah... saya rindu la.. lagipun suami saya pergi oversea tadi.."

Helmi : "baiklah malam esok abang pergi tau... nanti pandai la abang tipu isteri abang tu.."

Juliana : "Oh ya.. sebelum datang esok.. abang cukur misai kasi licin dulu ye.. abang tahukan saya suka lelaki yg baby-face."

Helmi : "Alamak... yang ni susah sikit.. isteri abang suka abang simpan misai ni nanti dia marah plak"

Juliana : "Alaaa... abang ni nak jumpa saya ke tak nie?"

Helmi : "oklah.. oklah.. Ana punya pasal.. apa saja abang sanggup"

Keesokan paginya, semasa Helmi hendak keluar untuk ke pejabat dia telah memesan kepada isterinya yang dia pulang lewat malam ini kerana ada mesyuarat penting... dan di pejabatnya.. Helmi telah mencukur misainya sampai licin..

Jam 4 pagi ketika Helmi balik ke rumahnya... isterinya sudah tidur... Dengan perlahan Helmi salin baju dan naik ke tempat tidur...

tiba-tiba isterinya tersedar lalu meraba-raba wajah Helmi yang licin itu dalam kegelapan... dan berkata...

"Kenapa kau tak balik lagi Jalil... kejap lagi suami akak balik...!!"

Jom Karaoke - Pasang Speaker....

Kenapa kita perlu balik kerja awal

Baca slowly dan penuh penghayatan.

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,


Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,


FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?

FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU


" HARGAILAH KELUARGA ANDA "